Friday, February 11, 2011

BAPA Terus Menerima Aduan

Peserta Felcra Nasaruddin (Belia) Seri Iskandar Perak,

Masalah :

1. Mengapa baki hutang ladang tidak dijelaskan secara terperinci didalam “Penyata Akaun Pinjaman dan Bayaran Balik Kos Pembangunan Projek Sehingga Disember 2009”.
2. Mengapa Kos Sehektar bagi Peringkat 4 berbeza jika dibandingkan denganPeringkat lain ?

 Kos Sehektar bagi Peringkat 4 bagi tahun 2009 terlalu tinggi iaitu sebanyak RM17,965.89 sedangkan,
 Kos sehektar bagi peringkat lain pada 2008 hanya sekitar RM3,961.53 ? Mohon diperjelaskan kepada para peserta agar kekeliruan dapat diselesaikan.

3. Mengapa salinan geran tidak diserahkan kepada peserta rancangan ?.
Sedangkan penanaman semula telah dijalankan ?.

Berikut adalah tuntutan permasalahan :

1. Memohon diadakan perjumpaan diantara peserta rancangan dengan Pengarah Felcra Negeri Perak dengan kadar segera.
2. Meminta penjelasan pendapatan hasil BTS bagi tahun 2009 dan 2010.
3. Memohon pihak Felcra memperjelaskan apa itu “sistem 70/30” kepada peserta rancangan dengan terperinci.
4. Kami meminta pihak berwajib menyukat kembali tanah ladang bagi meletakan batu sempadan . Ini berikutan kehilangan batu sempadan akibat penarahan tanah yang telah dilakukan sewaktu sewaktu projek penanaman semula tempoh hari. Keadaan ini menyukarkan kami.
5. Permintaan daripada peserta rancangan supaya diwujudkan “sistem BLOK”.
6. Mendesak pihak Felcra menyegerakan pengagihan bayaran lebihan daripada 55% hasil pendapatan kepada para peserta rancangan dengan kadar awal pada musim perayaan atau waktu yang ditetapkan supaya tidak membebankan kami.Kebanyakan anak perserta rancangan masih kecil dan bersekolah.
7. Menuntut pengedaran BTS dianalisis oleh MPOB dan memohon MPOB menentukan peratusan sebenar.Pihak Felcra dituntut mengguna pakai peratusan yang dikeluarkan oleh MPOB untuk membuat bayaran kepada peserta.

No comments: