Saturday, February 12, 2011

Felcra Terus Lari Dari Matlamatnya


12 Febuari,Terlihat 1 Banner yg agak meragukan dan memeningkan. Apakah matlamat sebenar Felcra...????. Adakah ini tanggungjawab Felcra Berhad selama ini tertunai kepada peserta-peserta yang menyerahkan berekar-ekar tanah kepada Felcra..

Selama Felcra tertubuh, adakah ia betul-betul dapat meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar umum'y dan peserta felcra khas'y.

Apakah manfaat program seperti ini kepada peserta Felcra Khas'y...justeru itu program ini adakah bertujuan kearah kebaikan peserta dan masyarakat luar bandar atau Kepentingan Politik Dato T semata-mata yang kononnya membela nasib masyarakat luar bandar...

Bermacam-macam persoalan yg timbul semenjak Dato T memegang jawatan sebagai Pengerusi Felcra Berhad..

Friday, February 11, 2011

BAPA Bela Nasib Peserta Felcra Nasarudin (Belia)

11 Febuari, Felcra Nasarudin (Belia) Bota, Daerah Perak Tengah, Satu perjumpaan peserta-peserta Felcra bersama Pengarah Felcra Negeri Perak kecoh apabila kira-kira 80 peserta bertindak meninggalkan majlis perjumpaan tersebut secara beramai-ramai. Peserta-peserta tidak berpuas hati dengan tindakan Pengurus Felcra Nasarudin, Encik Saleh Sarkon yang bertindak selaku pengelola majlis tersebut hanya membenarkan 27 peserta sahaja untuk berada dalam perjumpaan itu, sedangkan kira-kira 50 Orang peserta lain beserta beberapa AJK Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) diminta untuk keluar dari majlis tersebut.
Peserta-peserta pada awalnya mahu membuat perjumpaan di Dewan Serba Guna Bilik Gerakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nasaruddin (Belia) supaya perjumpaan secara terbuka boleh dilakukan, tetapi pihak pengurusan Felcra mahu perjumpaan tersebut dibuat di pejabat Felcra Nasaruddin (Belia) secara tertutup, Peserta-peserta kemudian bersetuju dengan kemahuan pihak pengurusan Felcra supaya perjumpaan tersebut dibuat di pejabat Felcra Nasaruddin (Belia), tetapi setelah mereka pergi ke tempat tersebut hanya 27 peserta sahaja yang dibenarkan untuk masuk dalam bilik perjumpaan manakala peserta-peserta yang lain diminta keluar, menyebabkan peserta-peserta marah dan bertindak keluar dari bilik perjumpaan beramai-ramai.
Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) Tn Hj Razman B. Zakaria yang bersama peserta-peserta pagi tadi berjanji akan membawa perkara tersebut ke Parlimen sekitar bulan Mac nanti dan meneruskan komitmen untuk membela nasib peserta-peserta felcra di seluruh Negara.
Perjumpaan itu diadakan berikutan tindakan peserta-peserta Felcra Nasaruddin (Belia) yang mahu membuat laporan polis terhadap Pengarah Executive Felcra Berhad, Pengarah Felcra Negeri Perak dan Pengurus Kawasan Felcra Nasaruddin Belia atas penyelewengan dan pecabulan hak yang berlaku terhadap mereka. Insp Malik dari IPD Perak Tengah adalah orang yang bertanggungjawab mengatur perjumpaan tersebut supaya kes itu boleh diselesaikan secara baik. Peserta-peserta yang sebelum ini beberapa kali membuat tuntutan terhadap hak mereka, termasuk didalam Mesyuarat Agong Felcra Nasarudin pada tahun lalu tetapi tiada sebarang tindakan dan pembelaan dari pihak pengurusan Felcra .
Apabila laporan polis mahu dibuat barulah pihak pengurusan Felcra mahu mengambil cakna hal tersebut, sehingga Pengarah Felcra Negeri Perak turun untuk membincangkan hal tersebut.
Berikut adalah persoalan yang dibangkitkan oleh peserta yang sehingga kini tidak mendapat penjelasan sepenuhnya dari Pengurusan.
1. Mengapa baki hutang ladang tidak dijelaskan secara terperinci didalam “Penyata Akaun Pinjaman dan Bayaran Balik Kos Pembangunan Projek Sehingga Disember 2009”.
2. Mengapa Kos Sehektar bagi Peringkat 4 berbeza jika dibandingkan denganPeringkat lain ?

 Kos Sehektar bagi Peringkat 4 bagi tahun 2009 terlalu tinggi iaitu sebanyak RM17,965.89 sedangkan,
 Kos sehektar bagi peringkat lain pada 2008 hanya sekitar RM3,961.53 ? Mohon diperjelaskan kepada para peserta agar kekeliruan dapat diselesaikan.

3. Mengapa salinan geran tidak diserahkan kepada peserta rancangan ?.
Sedangkan penanaman semula telah dijalankan ?.

Berikut adalah tuntutan permasalahan :

1. Memohon diadakan perjumpaan diantara peserta rancangan dengan Pengarah Felcra Negeri Perak dengan kadar segera.
2. Meminta penjelasan pendapatan hasil BTS bagi tahun 2009 dan 2010.
3. Memohon pihak Felcra memperjelaskan apa itu “sistem 70/30” kepada peserta rancangan dengan terperinci.
4. Kami meminta pihak berwajib menyukat kembali tanah ladang bagi meletakan batu sempadan . Ini berikutan kehilangan batu sempadan akibat penarahan tanaha yang telah dilakukan sewaktu sewaktu projek penanaman semula tempoh hari. Keadaan ini menyukarkan kami.
5. Permintaan daripada peserta rancangan supaya diwujudkan “sistem BLOK”.
6. Mendesak pihak Felcra menyegerakan pengagihan bayaran lebihan daripada 55% hasil pendapatan kepada para peserta rancangan dengan kadar awal pada musim perayaan atau waktu yang ditetapkan supaya tidak membebankan kami.Kebanyakan anak perserta rancangan masih kecil dan bersekolah.
7. Menuntut pengedaran BTS dianalisis oleh MPOB dan memohon MPOB menentukan peratusan sebenar.Pihak Felcra dituntut mengguna pakai peratusan yang dikeluarkan oleh MPOB unutk membuat bayaran kepada peserta.
Dalam pada itu Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) yang sedang rancak melakukan jelajah di rancangan-rancangan Felcra seluruh Negara akan terus memberi kesedaran serta membantu peserta-peserta untuk memdapatkan semula hak-hak mereka yang selama ini tidak diendahkan oleh pihak pengurusan Felcra.












BAPA Terus Menerima Aduan

Peserta Felcra Nasaruddin (Belia) Seri Iskandar Perak,

Masalah :

1. Mengapa baki hutang ladang tidak dijelaskan secara terperinci didalam “Penyata Akaun Pinjaman dan Bayaran Balik Kos Pembangunan Projek Sehingga Disember 2009”.
2. Mengapa Kos Sehektar bagi Peringkat 4 berbeza jika dibandingkan denganPeringkat lain ?

 Kos Sehektar bagi Peringkat 4 bagi tahun 2009 terlalu tinggi iaitu sebanyak RM17,965.89 sedangkan,
 Kos sehektar bagi peringkat lain pada 2008 hanya sekitar RM3,961.53 ? Mohon diperjelaskan kepada para peserta agar kekeliruan dapat diselesaikan.

3. Mengapa salinan geran tidak diserahkan kepada peserta rancangan ?.
Sedangkan penanaman semula telah dijalankan ?.

Berikut adalah tuntutan permasalahan :

1. Memohon diadakan perjumpaan diantara peserta rancangan dengan Pengarah Felcra Negeri Perak dengan kadar segera.
2. Meminta penjelasan pendapatan hasil BTS bagi tahun 2009 dan 2010.
3. Memohon pihak Felcra memperjelaskan apa itu “sistem 70/30” kepada peserta rancangan dengan terperinci.
4. Kami meminta pihak berwajib menyukat kembali tanah ladang bagi meletakan batu sempadan . Ini berikutan kehilangan batu sempadan akibat penarahan tanah yang telah dilakukan sewaktu sewaktu projek penanaman semula tempoh hari. Keadaan ini menyukarkan kami.
5. Permintaan daripada peserta rancangan supaya diwujudkan “sistem BLOK”.
6. Mendesak pihak Felcra menyegerakan pengagihan bayaran lebihan daripada 55% hasil pendapatan kepada para peserta rancangan dengan kadar awal pada musim perayaan atau waktu yang ditetapkan supaya tidak membebankan kami.Kebanyakan anak perserta rancangan masih kecil dan bersekolah.
7. Menuntut pengedaran BTS dianalisis oleh MPOB dan memohon MPOB menentukan peratusan sebenar.Pihak Felcra dituntut mengguna pakai peratusan yang dikeluarkan oleh MPOB untuk membuat bayaran kepada peserta.