Thursday, March 31, 2011

SUHAKAM Menerima Memorandum Peneroka Felcra

29 Mac 2011, Selepas di Parlimen, Peneroka dan Peserta Felcra ke SUHAKAM untuk mengadakan satu lagi serahan Memorandum kepada Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Sha’rani..

Selepas mendengar tuntutan dari Peserta mengikut Felcra masing-masing..Pesuruhjaya SUHAKAM membidas Felcra mengenai satu Sistem yang dikenali Sistem 45/55 yang berlaku di Felcra Nasarudin..Beliau menyebut Sistem ini seperti sisitem kampung, pada pendapat beliau perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana Felcra merupakan satu institusi Koperat bukan syarikat kecil.

Pada akhir Tuan Pesuruhjaya menyatakan sekiranya tindakan seperti ini tidak berkesan Peserta dan Peneroka perlu melakukan satu lagi tindakan iaitu merubah kerajaan pada PRU 13 akan datang.









Peneroka @ Peserta Menuntut Hak di Parlimen

29 Mac 2011, Rombongan Felcra Nasarudin, Seberang Perak & Changkat Lada di bawah BAPA menyerahkan Memorandum berbentuk permasalahan & tuntutan..Mengikut kronologi perjalanan Peserta ke Parlimen..mereka menghadapi pelbagai bentuk halangan antaranya ugutan dari Pengurus Felcra masing-masing..menurut sumber di Felcra Nasarudin Polis menunggu seawal jam 4 pagi untuk mengikut pergerakan Peserta ke Parlimen..Perkara sebegini memang satu yang menghairankan Peserta & Peneroka...Apakah sebenarnya tujuan ugutan dan intipan ini..Jika Felcra benar-benar jujur dalam usaha memberi kepentingan kepada Peserta & Peneroka sepatutnya mereka membantu dan menghalang.

Semasa di Parlimen, Peserta mengikut kawasan masing-masing membentangkan tuntutan mereka kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dato' Hasan Malek..Antara tuntutan yang besar yang diminta oleh peserta ialah Salinan Surat Perjanjian, Geran Tanah Generasi Kedua dan Pembahagian Dividen yang Jelas dengan Penyata PNL yang terperinci..Dalam ucapan Dato' Hasan Malek selepas mendengar tuntutan Peserta & Peneroka..Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi datang ke Parlimen..Beliau tidak dapat memberi sebarang komen tentang tuntutan peserta-peserta Felcra dan berjanji akan memenuhi segala tuntutan dan menyelesaikan segala permasalahan dalam jangka masa 2 Bulan.

Selepas selesai menyerahkan Memorandum kepada Timbalan Menteri, BAPA dan Peserta mengadakan sidang media bersama ketua Pembangkang Dato Mahfuz Omar..Didalam sidang media Dato Mahfuz menekan bahawa permasalahan ini bukan satu perkara yang patut berlaku kerana sepertimana diwar-warkan Felcra Behad merupakan satu agensi yang berbentuk Koperat..Diharap Dato’Tajuddin selaku Pengerusi Felcra Berhad dan ahli Parlimen Pasir Salak dapat menyelesaikan masalah ini selepas memorandum ini diserahkan.