Sunday, January 16, 2011

Kera DiHutan Disusukan Anak DiRumah Mati Kelaparan


16 Januari...Majlis Penyempurnaan Program Bantuan Rumah (PBR) KKLW telah disempurnakan oleh Dato'T..Didalam majlis ini Dato' T sebagai Pengerusi Felcra dan Ahli Parliman Pasir Salak telah mengeluarkan peruntukan sebanyak 1.4 Juta dari Felcra Berhad untuk membina 22 buah rumah Bina Baru dan 33 buah rumah Baik Pulih..

Setelah disiasat peruntukan ini telah disalurkan kepada kroni yang lansung tiada kaitan dgn Felcra samada Peserta atau Peneroka..Apakah Matlamat Felcra yang sebenarnya..??Membantu Kroni atau Peserta...???

Ada juga yang mendakwa telah menerima peruntukan ini bnyk kali, sehingga ada yang boleh buat rumah sewa.Kemana hak sebenar Peserta Felcra yang menyerahkan tanah berekar-ekar kepada Felcra...???

Budjet untuk Program ini sebanyak RM 1.4 Juta dan Budjet untuk 1 buah rumah adalah RM33000x22 = RM726000 dan 33 buah unutk Baik Pulih adalah RM67400 adakah nilai ini munasabah..Kemane wang yg selebihnya..????

Mengapa Projek Perumahan Gen2 di Felcra seberang Perak masih lagi jd tanda tanya..Mane yang lebih penting Peserta @ Kroni..???Sedangkan Premium Tanah utk tapak sudah dibayar..

Menurut beberapa sumber ada yang mendakwa meraka hanya mendapat RM14.20 untuk seekar tanah yang diserahkan kpd Felcra..adakah ini berbaloi...??

Dato'T boleh dianggap sbg Kera Dihutan Disusukan Anak Dirumah Mati Kelaparan

Selepas ini berapa banyak lg Kes salah urus tadbir Felcra yang kita akan saksikan...



Tuesday, January 11, 2011

ADUAN YANG TELAH DITERIMA

Peserta Rancangan Tanah Pinggir Felcra Durian Daun 2, Kampung Pilin, Rembau, Negeri Sembilan.

Masalah :

Perjanjian 19.12.1978, dengan satu unit saham tanpa dinyatakan nombor lot dan nombor geran tanah. Selepas itu, dimaklumkan tanah seluas 6 ekar. Namun kini Syarikat PLUS Malaysia telah pun mengambil alih 3 ekar darinya atas tujuan membina Lebuhraya Utara Selatan.

Sehubungan itu, pihak Felcra mengumumkan saham tanah tersebut telah berkurangan dari 6 ekarnya pada asal tadi ke 3 ekar sahaja. Walaubagaimana pun pampasan seluas 3 ekar itu tadi yang telah diambil oleh Syarikat Plus Malaysia masih tidak diserahkan kepada peserta sehingga kini.

Pewarisnya yang juga sebagai generasi kedua, telah pun bertemu dengan pihak pengurusan Felcra bagi mendapatkan penjelasan status tanah yang telah dijanjikan. Namun pihak pengurusan Felcra hanya menyatakan ianya adalah berbentuk saham dan bukanlah dalam bentuk tanah yang sebenar.

Pihak tersebut memberitahu permohonan tanah untuk 3 ekar bagi setiap seorang peserta telah dibawa ke Mesyuarat Exco dan MB Negeri Sembilan. Hingga kini masih tiada jawapan.

Wednesday, January 5, 2011

'BAPA' dirasmikan

Taiping 24 Dis 2010— Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) menjadi platform terbaru PAS mulai hari ini untuk membela nasib warga Felcra yang selama ini didakwa disisihkan, kata Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah parti Mazlan Aliman.Sebelum ini, PAS menggerakkan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) bagi menyelesaikan masalah yang membabitkan warga peneroka.Majlis Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa di Markaz Tarbiah PAS Perak, di Bukit Gantang

“Ketika kita membuat perhimpunan dengan warga Felcra dulu, kita dapat maklum balas positif yang mana mereka mahu sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk menjadi paltform untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud.“Jadi kita tubuhkan Bapa untuk jadi platform bantu warga Felcra dan penubuhan NGO ini selaras dengan usaha kita untuk membantu menyelesaikan masalah, penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Felcra.“Dan, melalui NGO ini kita akan tangani masalah yang berbangkit ini dengan lebih efisien,” kata Mazlan yang juga Penasihat Bapa ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, Mazlan berkata, Bapa yang pengerusinya Razman Zakaria akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan nasib warga Felcra dibela dengan sebaik mungkin.“Bapa juga fungsinya sama (dengan Anak), kita akan bantu warga Felcra... dengar masalah mereka sebelum kita kaji dan lihat ke mana kita boleh bantu. Kalau ia melibatkan masalah di pentadbiran Felcra di kawasan itu kita akan bawa ke sana, kalau melibatkan peringkat pusat kita akan bawa ke sana.

“Kalau perlu melibatkan menteri, kita akan bawa isu itu kepada menteri yang berkaitan. Kita akan serah memorandum.“Suka ingin saya katakan bahawa kita akan gunakan pelbagai kaedah untuk membantu warga Felcra,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini.Tambah beliau, Bapa akan mula beroperasi di Perak bermula hari ini dan rangkaian di negeri-negeri lain akan dilancarkan kemudian.“Mengenai Bapa buat masa ini kita akan buka di Perak dulu kerana Perak mempunyai banyak Felcra, selepas itu kita akan buka rangkaian di negeri-negeri lain.

“Selama ini Felcra tiada platform untuk mengadu masalah, jadi dengan adanya Bapa kita boleh membantu,” katanya.Hari ini Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah mengadakan pelancaran Bapa di Taiping, Perak.Felcra telah ditubuhkan pada tahun 1966 untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.Felcra kini dipengerusikan Datuk Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak, Perak.